Tuesday, October 25, 2016

Cara Membuat Air Jamu Sendiri di Rumah

Air Jamu Kak J - 0192682280 ig-@juliaismail83


Sekali lagi aku nak share resipi Jamu Homemade. Last entry kalau tak silap tahun 2012. Ok, Aku memang amalkan jamu kunyit ni. Selain baleh membantu merawat masalah wanita, ia dapat melambatkan penuaan dan juga menguruskan badan. Tak rugi kalau amalkan. Ok..ini resipinya di bawah. Mari kita kongsi manfaatnya.



Bahan-bahannya.

1. Kunyit
2. Halia
3. Manjakani
4. Gula Merah
5. Asam Jawa
6. Asam Keping
7. Sireh

CARA MEMBUATNYA

1. Potong kunyit, halia, sireh dalam ketulan yang agak kecil dan rebus bersama manjakani.

2. Apabila semua bahan sudah masak tos kan dan kemudian kisar. Air rebusan tadi jangan dibuang dan boleh dicampurkan. (tujuan merebus dahulu semua bahan adalah untuk mengelakkan getah kunyit melekat pada blender anda)

3. Kemudian tapis/perah (guna penapis kain). Ulang kisar bahan2 tadi (hampas) dengan air dan tapis sehingga sarinya habis.

4. Kemudian panaskan kembali dengan gula merah dan ais asam jawa. (gula merah untuk penyedap rasa)

5. Biarkan sejuk sebelum simpan.

peringatan

*cukup sekadar meletakkan sebiji manjakani kerana rasanya pahit. Sekiranya anda boleh menelan jamu yang pahit boleh letak mengikut kehendak anda. Jika tk nak letak pun tak apa.


Pada yang malas nak buat sendiri tu..Iols ada buatkan jamu fresh..sebotol RM15 sahaja. Boleh COD di Puchong, Kelana Jaya dan Selayang. Kalau nak di pos kan pun boleh. Apa2 boleh whataps 0192682280 n follow IG iols @juliaismail83
Kak J belanja gambar terbaru. Gambar last month..5 month after hysterectomy

Friday, October 14, 2016

15 kebaikan Kunyit Pada Wanita


Kunyit bukanlah asing di kalangan rakyat Malaysia. Kunyit banyak digunakan di dalam masakan seharian sebagai perasa yang melazatkan setiap hidangan. Tanpa kita sedar, Kunyit ini merupakan antara bahan paling popular di amalkan Indonesia sebagai petua penjagaan kesihatan wanita mahupun lelaki. Kunyit atau nama saintifiknya latin Curcuma Domestica Val ini
Tahukah anda bahawa kunyit ini mampu merawat pelbagai masalah dalaman wanita seperti keputihan, sengugut dan sebagainya malah ia juga mampu menaikkan seri wajah dan juga awet muda. Kunyit membantu memperkuatkan sistem daya tahan badan
Antara Kebaikan Kunyit
1.    Membantu menyembuhkan luka lebih cepat dan bertindak sebagai antiseptic alami.
2.    Kunyit membantu dalam pertumbuhan sel yang secara tidak langsung melambatkan penuan.
3.    Mendetoksifikasi badan dari bahan kimia dari badan
4.    Dapat menhalang dari kanser.
5.    Dapat menurunkan berat badan.
6.    Mencantikkan melembab dan merawat kulit
7.    Melancarkan haid
8.    Awet Muda
9.    Merawat Keputihan
10.  Menaikkan seri wajah
11.  Menambah stamina
12.  Menyembuhkan pembengkakan pada selaput lendir mulut
13.  Menghilangkan bau badan
14.  Mencegah diebetis

15.  Menjadikan Kulit tambah berseri

Wednesday, October 12, 2016

Camelia Imanie - Pengubat luka sang ibu


Sebahagian dari diri aku rasa amat sedih sebab ni lah yang terakhir kali aku dapat merasakan pergerakan bayi di dalam perut..dapat merasa sembabnya kaki membawa bebanan si kecil ini..dapat merasakan indahnya pandangan mata si kecil memandang tepat di mata ketika sedang menyusu..kulit bersentuhan..tak dapat aku bayangkan sekiranya tuhan menarik nikmat yang aku rasai kini kerana sudah tentu ini adalah kali terakhir aku boleh memgandung dan melahirkan. Ya allah sedihnya..

Tapi dalam kesedihan itu..aku harusnya bersyukur kerana tuhan telah pinjamkan aku nikmat itu walaupun diturunkan dugaan maha hebat.. perlu kita sedar..seberat2 dugaan yang diturunkan..ada lagi insan yang menanggung dugaan lebih berat dari kita..oleh itu..aku bersyukur dengam setiap dugaan supaya mengingat kan kita pada mati, dosa dan pahala. Moga aku lebih istiqomah di masa hadapan. AMIN

Friday, October 7, 2016

Kehidupan Tanpa Rahim - Dairi Kak J



Bulan ni dah masuk Oktober. Hampir 6 bulan selepas melahirkan Camelia Imani. Dan hampir enam bulan juga aku telah hidup tanpa sebahagian daripada organ dalamam aku iaitu Rahim. Sesuatu yang merupakan tonggak utama menjadikan seseorang itu wanita sejati.


Ramai yang menunjukkan muka sedih bila aku bagi tau terpaksa buang rahim masa bersalin April lepas sebab komplikasi yang hampir meragut nyawa. Agaknya ramai yang merasakan hidup aku sudah gelap sebab dah tak ada rahim. Sesuatu yang amat penting bagi seseorang jika dia mahukan zuriat. Ramai yang tumpang sedih. Ye la kan.. terpaksa mengharungi saki baki kehidupan tanpa rahim pada usia baru 33 tahun.

Kalau tanya aku? mula2 masa keluar dari ICU, jujur memang aku sedih. Dengan nak menanggung sakit ekoran pembedahan Major yang baru aku lalui, dengan kecederaan di pundi kencing dan perlu di repair..bertarung pulak dengan perasaan. Sememangnya tak tertanggung hati. Tapi apa yang terjadi ada sebabnya. Kita muhasabah diri.

Ada yang tanya.. APA BEZANYA bila tak ada rahim? Ramai yang mengkaitkan hysterectomy atau buang rahim dengan Menopause. Namun, ramai yanng tidak tahu sebenarnya apa itu menopause. Menopause adalah keadaan di mana kilang telur kita iaitu ovari gagal berfungsi dan tidak menghasilkan telur. Ovari terletak di pelvis dan dihubungkan melalui tiub Falopio. Ovari menghasilkan telur dan hormon wanita. Ovari dan juga rahim adalah organ pembiakan seorang wanita. Tanpa salah satu daripada organ tersebut, wanita tidak boleh melahirkan zuriat.

Ok..berbalik kepada prosedur yang aku lalui April lepas iaitu emergancy hysterectomy yang membuang rahim dan sebahagian daripada servik. Hysterectomy adalah tiga kategory.

1. Partial Hysterectomy iaitu membuang rahim

2. Total Hyterectomy iaitu membuang rahim dan sebahagian servik

3. Radical Hysterctomy membuang rahim dan servik dan juga ovari.

Mine is nombor 2..

Bermakna, ovari masih ada dan telur2 masih lagi dihasilkan setiap bulan cuma dia tidak boleh disenyawakan kerana tidak mempunyai rahim. So, bila tanya apa perbezaan sebelum dan selepas, aku tak tau nak cakap. Aku tak ada side effect lain sepeti wanita menopause seperti sakit kepala, moody, kulit kering, vagina kering, rambut gugur dan etc. Cuma apa yang sama adalah aku sudah tidak ada haid.

So, sekiranya sesiapa yang bump up to my entry and read this, before u ask people yang pernah lalui hysterectomy ni, pls be sensitive. Sebelum tanya faham dulu apa itu hysterectomy. Jangan la keluarkan perkataan macam . "Oh..kiranya kau dah monopos la kan," "Mesti kau moody sebab hormon dah tak stabil", "Kiranya Cik V pun kering la kan" "Mesti bersama suami dah tak ada feel".

Di sini nak aku terangkan, gangguan2 seperti sakit2 badan, sendi, sakit kepala, kulit kering, vagina kering, dan etc seperti mana yang sedia tahu simptom2 monopos tidak semestikan akan dialami oleh mereka2 yang telah menjalani prosedur hysterectomy atau membuang rahim. Selagi ovarinya masih ada, selagi kilang telurnya masih ada, maka, horman badannya masih ada. So, simptom2 menopause tidak ada pada aku melainkan aku sudah tidak datang haid. Badan aku (Ovari ) masih menghasilkan horman yang membolehkan aku menyusu dan sebagainya. So tidak perlu aku mengambil supliment tambahan untuk menstabilkan hormon.

Bila ditanya, apa perbezaannya, jawapan aku senang saja..tiada beza pada perubahan badan cuma aku jimat sebab tak perlu beli sanitary pads dah.


Friday, May 13, 2016

Placenta Previa vs Placenta Accreta

*Amaran keras..artikel ini lebih panjang dari artikel KENTUT. Selamat membaca.

Hai semua..Hari ni Kak J nak bagi info skit khas tuk bakal2 ibu..ibu2 mengandung dan jugak semua wanita2 yang sudi baca Kak J nak membebel panjang2. Ari ni Kak J nak cerita pasal Placenta Previa dan juga Placenta Accreta. Mungkin ada yng dh tau mungkin ada yg xtau.

Term PLACENTA PREVIA ni popular gak di kalangan ibu2 mengandung ni. Ada yang kata..ala..biasa la tu uri kat bawah..aku dulu 3 anak uri duk bawah..ok je..apa Kak J nak cakap kat org2 mcm ni 'taik hang'..xjadi apa2 kat hang tak pa la. Ok ..Placenta Previa ni adalah satu komplikasi ketika mengandung di mana uri berada di bahagian bawah menutup pintu rahim. Apabila ini berlaku, kelahiran secara normal adalah sangat mustahil dan pembedahan perlu dilakukan. Risiko untuk berlaku pendarahan selepas
bersalin adalah sangat tinggi. Kak J ada kawan yang tumpah darah selepas selesai czer dan doktor terpaksa bukak balik jahitan untuk betulkan apa yg sepatutnya kemudian jahit balik dan dia terpaksa dimasukkan 11 bag darah. Bagi yang hamil dengan Placenta Previa, kecenderungan untuk berlaku pendarahan ketika kehamilan adalah sangat tinggi begitu juga dengan kelahiran pramatang.

Ok..settle bab Placenta Previa, kita pergi pula kepada PLACENTA ACCRETA. Mungkin term ni jarang kita dengar betul tak. Ibu yang mengandung dengan kondisi Placenta Previa berisiko untuk mengalami Placenta Accreta iaitu uri melekat pada otot-otot rahim. Keadaan ini sangat bahaya dan berupaya meragut nyawa si ibu. Namun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja. Bagaimanapun risiko bagi ibu yang pernah melakukan pembedahan adalah 25 peratus. Apabila Accreta berlaku, hysterectomy harus dilakukan demi menyelamatkan nyawa si ibu. Accreta sangat jarang berlaku.

Doktor sendiri tidak mempunyai jawapan mengapa Previa atau Accreta ini berlaku. Previa boleh dikesan melalui ujian ultrasound manakala accreta memerlukan ujian yang lebih detail dan kebanyakan kes hanya dikesan semasa prosedur csec itu sendiri.

*Pengalaman Kak J
Dikesan uri berada di bawah masa kandungan usia 7 bln. Dua kali dimasukkan ke hospital kerana pendarahan. Semasa minggu ke 34, nyaris2 nak melahirkan baby pra matang tapi doktor sedaya upaya menahan proses kelahiran. Semasa minggu ke 35 ujian ultrasound menunjukan ada dua bahagian uri. Satu di bawah menutup pintu rahim dan satu lagi di bahagian tepi. Doktor bagi tarikh seminggu lagi untuk scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi, tuhan dah tentukan Kak J masuk emergancy sehari sebelum tarikh appoinment n terus scheduled for csec.

10 minit selepas baby keluar..Kak J hilang 1.6 liter darah. Kak J dengar bby nangis je tapi xdpt tgk. Bilik bedah dh kelam kabut..Doktor cuba membuang uri dengan cara 'scoop menggunakan tangan' tapi gagal. I keep losing blood. Kak J pun dh mula pening2 sebab hilang darah banyak. Doktor mula explain apa berlaku n what she need to do. Kak J terpaksa menerima hakikat apa yg paling ditakuti semua wanita dalam masa yang sangat singkat sebelum pengsan. Pakar bius cuba tenangkan Kak J walaupun time tu serius aku blur..hahahaha..sempat la dengar doktor jerit mintak darah.. Gynea bagi arahan kat pakar bius yang Kak J sendiri tak paham. Gynea mintak carikan gynea lain dengan kadar segera. Akhir sekali iols pengsan dh..xsedar apa.

Bila sedar2, Kak J kat ICU. Ada wayar kat tangan kanan, n satu tiub kat urat tengkuk tuk masukkan darah and all the medication. Pastu segala macam wayar kat dada..mesin nyawa kat atas kepala duk bunyi tit..tit..tit..ada device apa ntah duk kepit kat jari..scary uols..Mujur Kak J masih hidup..kalau x sian baby. That time baru Kak j tau total darah yang masuk adalah 23bag. Sepanjang stay kat SJMC..Kak J sangat sangat pemes sebab satu spital tau kes Kak J..at that moment i know how serious the situation are sampai org yang tolak wheel chair pun boleh cakap..oh..awakla yang 'Kod Oren' ari tu..

Ok..serius krem jari menaip..ni la kan bila reporter sakit..kes diri sendiri pun nak diceritakan..hahahaja..selamat menbaca dan harap kita sama2 dapat manfaatkan sedikit info ini..

Apa2 pun Kak j bersyukur dan muhasabah diri. Walapun ujian kita sudah dirasakan seberat2 nya tapi kita perlu ingat ada lagi insan yang menanggung dugaan lebih berat dari kita.

Monday, May 9, 2016

Pentingnya kentut!!

Sebelum nk tulis panjang2..aku mintak maaf dulu la ek..aku ni xde benda nak buat so aku nk kongsikan kat kawan2 semua pentingnya satu aktiviti badan yang kita selalu pandang remeh.

Pentingnya kentut!!..

Sangat penting ok..ni nak cerita pengalaman skit..lps keluar icu..kesan morphine dah habis..so terasa la semua kesakitan..1st visit doktor kat wad dia tanya 'awak dah kentut'. Aku ni punya la heran..dalam banyak2 soalan dia tanya aku pasal kentut..

Masuk hari ketiga kat wad..aku dah mula sakit bahagian perut..sakit sangat xleh nak describe..doktor dtg..ketuk2 perut bunyi dh mcm tong..setiap few hours nurse dtg tanya dah kentut ke belum..sbb kalau angin tak keluar dia akan lead to other problem kat usus plak..bila dengar camtu berderau darah..doktor kata..masa dalam ot..dorng ada kacau usus tu..ditolaknye ke atas ketepi semua sebab nak space..tu sebab dia merajuk (cara mudah doktor explain kat aku). Selagi xkentut aku xleh makan..mula2 minum pun dia tak bagi..banyangkan seminggu tau aku tak dapat makan..semua kentut punya pasal.

Doktor dh mula risau bila aku tak kentut2..sebalang minyak angin dh aku sapu..last dia bagi petua..1. Dia suruh minum air panas 2. Makan Chewing Gum (Sbb pergerakan rahang merangsang movement usus) 3. Minum air kopi.

Sebb kan aku punyala sakit ekoran kentut xkunjung tiba..aku pun try la apa saja petua yang doktor bagi..

Aku buat yg pertama ngan kedua je..telan air panas sampai melecur lidah..tapi bila usus tu mula nak bergerak..sakit dia nauzubilah..Itulah proses kentut aku yang paling sukar..rasa mcm contraction nak beranak..Boleh rasa dia dari atas dok meremut nak turun..bila sampai tang tempat operation lagi sakit..tapi akhir nya..Kak J berjaya Kentut!! hahaha..tu la pertama kali aku gembira aku kentut..tp lps kentut tu aku still xleh makan makanan berat..sbb bukan dengan sekali kentut, keras angin dlm perut tu keluar. Sakit perut aku still xreda.. Setiap kali nak kentut sakitnya yang amat..bila keluar..lega..rasanya aku dapat kentut hari kelima kot..

Perut aku mula lembut masa nak discharge balik umah..sepanjang tu..kalau aku kentut time nurse ada..nurse plak suka..sebab dorang kesian kat aku. Walaupun ada bau skit..lembut je dia cakap..xpe pun..ada kes tu xleh kentut..lps tu muntah..lama2 jadi muntah hijau..pastu hitam..pastu kena buat prosedure apa ntah nak pulihkan dia balik..scary dengan wei..

So lps ni..aku tidak lagi memandang rendah pada kentut..kalau korang kentut sebelah aku..aku xkan marah..hahahaha..aku akan kata well done!

Sekian cerita kentut aku.

*copy dr FB aku

Monday, May 2, 2016

19th April..Almost lost my life-Delivery with placenta Accreta.

Sebelum ni, aku menerangkan mengenai keadaan Placenta Previa di mana uri berada di bawah yang memaksakan ibu melahirkan secara pembedahan. Dugaan bagi aku, pada tanggal 19 April..satu  yang besar telah berlaku dalam hidup aku apabila aku terpaksa melahirkan kandungan aku pada usia 36 mnggu dan di dlm bilik pembedahan aku mengalami komplikasi yang hampir meragut nyawa aku dan ia ada Placenta Accreta.
Sedikit penerangan mengenai Accreta- Accreta adalah keadaan di mana placenta melekat pada dinding rahim dan gagal dikeluarkan.

Pada hari kejadian, aku kehilangan darah sebanyak 1.6liter dalam masa 10 minit selepas baby dikeluarkan dan doktor terpaksa membuat keputusan untuk membuang rahim aku..That sad is it..but that is fate. I must be strong..n know i want to be someone who can give knowledge to people about Placenta Previa and Accreta and support the survivor of Accreta and Hysterectomy.

Now i tell a little bit of what happen in the labour room..coppied from my IG @juliaismail83  (do follow my ig)

*Mmy was blessed enough to see u every morning although the delivery almost cost my life..I will cherish life like there will be no tomorow..and spend more time with kids n family more than ever coz we never knew when we will be leaving them soon.. On 19 April..mmy was rushed to the emergancy for bleeding coz by placenta previa n thn straight to OT.. 10 minutes after u see the world..mmy can hear u cried out loud but the doctor didnt hand u to me..The ot room became so chaotic when the anesthetist trying to search another line on mmys hand to infuse blood..The gynea is screaming for blood..and asking the nurse to find another gynea mayb to assist her or asking for 2nd opinion.At the moment mmy knew somethng was wrong.  Mmy already lost 1.6 liter of blood in 10 minute. I was put to sleep.

It turn out that the placenta cannot be remove n im losing alot of blood. The doctor explain the condition of placenta accreta.. A condition where the placenta is stuck to the uterus.

Today is my 9th day at the hospital and still using the urine bag..My stomach a little bit hurt since last night n after checkup the doctor said there is a blood clots inside but nothing to worried bout.

The urine bag will be my best friend another week n in a month time, the doctor will remove the 'double stand' tht hold my bladder.

Hope for the best in the future..speedy recovery to my self!!
#placentaprevia #placentaaccreta #placentaaccretasurvivors #hysterectomy #accretasurvivor

- Today is 2 Mei..My first day at home after struggling almost 13 days at the hospital.. I still hardly walk..i use wheelchair tu go to the toilet as im been located in the middle of the moms house n the toilet is so far away at the kitchen.

Few hour after operation..NICU

Camelia Imanie
My urine bag..urine mix with blood