Posts

Showing posts from July, 2011

Sad news everywhere...

Ari ni aku tak rasa nak tulis poem. Aku nak kongsi cerita sedih yang lately ni banyak sangat terjadi di sekeliling aku. Pertama, about 2 week ago. Aku dapat berita kawan aku telah kematian anak yang dikandungnya pada usia 8 bulan n doktor nyaris buang rahim dia. Sedih sangat aku rasa n ramai kawan aku g melawat dia masa kat hospital. Aku memang nak pergi tapi aku memang tak pandai nak handle orang yang dalam kesedihan macam tu. Aku dapat rasa kehilangan dia maklumlah itu kandungan pertama. Lagi sebulan je dia nak tunggu due tuk melahirkan. Dia kena operate. Memandangkan melahirkan 2nd boy aku kena operate so aku tau macam mana sakit tu. Dah la sakit anak plak tak der kat sisi. Tak gamak aku nak tengok muka dia. Tapi insyaallah Jumaat ni aku nak p tengok dia. Mungkin dia dah cukup strong tuk berhadapan dengan crowd. Pastu dalam last week aku dengar one of my close friend dulu masa sama2 masuk keje dah bercerai. Sedih plak. Ye la kenal dorang dari dorang belum kawin. Pastu tau cerita se

Wahai Melayu..

Keringat dikerah untuk apa? Laungan dijeritkan untuk siapa? Perjuangan itu ke mana? Ataukah anda telah lupa. Dulu.. Melayu bersatu.. Melayu tidak membatu.. Melayu tidak melulu.. Melayu sentiasa berpadu.. Melayu adalah SATU.. Keringat dulu untuk bangsa.. Laungan dulu untuk Negara.. Perjuangan dulu untuk anda.. Wahai rakyat..adakah anda lupa.. Kini, Melayu berpecah untuk nama, Melayu bertelagah untuk harta, Melayu bercanggah untuk martabat, Melayu berlelah untuk pangkat. Aku mahu bebas berjalan.. Di kaki lima, di atas jalan raya.. Aku mahu bebas bernafas, Menghirup udara segar tanpa gangguan.. Aku mahu bebas bercanda.. Menikmati keindahan kuasa tuhan.. Aku mahu bebas bediri.. Mendongak langit melihat kicau burung.. Jangan hancurkan kebebasan itu.. Jangan musnahkan keamanan itu.. Aku mahu anak-anakku.. Juga sama menikmati kebebasan itu. oleh JULIA ISMAIL