Adakah fat burner berkesan?

Bagi mereka yang kerap mengunjungi gym terdapat dua produk yang amat popular menjadi perbincangan iaitu produk mass protein untuk build up mucles/gain weight dan juga fat burner untuk kurangkan berat. Ramai antara mereka terutamanya wanita selalu tanya aku mengenai penggunaan fat burner untuk menurukan berat. Sejujurnya aku tidak berapa menggalakkan bukan apa..aku tak mahu mereka fikir ada jalan pintas untuk kurus tanpa bersenam.

Sama dengan pengambilan protien, kalau mereka tak angkat weight dan hanya minum susu anda tidak akan dapat hasil berketul2 yang anda ingini. Sama juga dengan pengambilan fat burner tanpa bersenam atau berdiet, ia tidak akan memberi kesan pada angka penimbang anda.

Aku lebih menggalakkan sekiranya mereka menetapkan goal untuk kurus, dan gigih mengikuti jadual bersenam dan diet sebetulnya. Sekiranya mereka sudah disiplin dengan diet dan excercise tak salah sekiranya mereka mengambil sesuatu untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Apa tu fat burner?

Kebanyakkan pembakar lemak atau fat burner seperti Lipo6, Hydroxycut, API Polythermex, Jusmate 5 dan lain-lain adalah jenis thermogenik. Thermogenik adalah proses peningkatan metabolism badan. Di sini suplemen fat burner menggunakan kandungan seperti caffeine, guarana, MaHuang, Ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, Kola dan lain-lain untuk mengingkatkan metabolism.

Pembakar lemak tu umpama minum kopi keras yang meningkatkan denyutan jantung tapi kandungan “kopi” dalam pembakar lemak jauh lebih tinggi.

Pembakar lemak bukanlah membakar lemak tapi mengingkatkan pembakaran kalori seharian anda (tingkatkan metabolism). Sebagai contoh teori:

Tanpa pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda 2,000kcal sehari.

Dengan pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda mungkin 2,100kcal sehari.

Teori: Jadi dengan defisit kalori yang lebih tinggi, maka (secara teori), anda boleh kurangkan berat badan dengan lebih cepat.

Macam minum kopi juga. Mengambil thermogenik fat burner tidak sesuai dan selesa digunakan untuk semua. Kalau anda tidak tahan minum kopi, maka kebarangkalian besar anda juga tidak selesa dengan kandungan seperti mahuang, guarana, caffeine dan lain-lain.

Jadi, boleh dikatakan pengambilan fat burner ini hanya menambahkan kadar keboleh-bakaran lemak lebih kurang dalam 100 kalori tapi tidak lah sampai sekali ganda. Jika anda bersenam di Gym atau jogging ditaman, jumlah itu mungkin bertambah.


Tapi ingat..untuk anda berjaya mengurangkan 1 kg daripada berat anda, anda perlu membakar/defisit kalori lebih kurang 7700 kalori. Nanti aku masukkan entri bagaimana untuk mendapat defisit kalori.


Apakah kesan sampingan pembakar lemak tu?

Kesan sampingan pembakar lemak sebenarnya adalah tanda bahawa pembakar lemak itu berkesan. Kenapa pulak? Sebab untuk membakar kalori berlebihan tu memanglah denyutan jantung itu akan naik. Dan peningkatan denyutan jantung itu memang disampingi dengan side effects seperti berikut:

1.Resah

2.Bimbang
3.Berdebar-debar
4.Insomnia (susah tidur malam)
5.Cepat Marah
6.Stress
7.Tidak Tenang

Kalau anda tidak merasainya, maka kandungan fat burner itu tidak berkesan untuk anda. Dan kalau anda biasa minum kopi, mungkin kandungan fat burner tu pun tidak memberikan kesan yang ketara kepada anda.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa anda inginkan side effect di atas kerana ia tanda metabolism badan anda berjaya ditingkatkan produk pembakar lemak itu …

Jadi selamat tak pembakar lemak tu?

Baiklah, sekarang kita sudah memahami kaedah penggunaan fat burner (yang bukanlah membakar lemak tapi meningkatkan metabolism badan).
 
 Elak penggunaan pembakar lemak sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain. Sekiranya anda sudah pandai mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai apa-apa masalah jantung atau penyakit kardiovaskular, tidak salah kalau anda mencuba.

Comments

Adriane said…
I suggest you to take Green Coffee Bean Extract Fat burner. It helps to burn fats without dieting.

I know it's hard to believe. But they have a live testimonial video on TV. The video is in this link www.malaysiafatburner.com Hope you like it. :)
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
Kenapa admin remove komen2 tuh
Unknown said…
Kenapa admin remove komen2 tuh
Unknown said…
Kenapa admin remove komen2 tuh

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri