Posts

Showing posts from December, 2012

Sekitar banjir di Kelantan 2

Image
Berkumpul di Balai Bomba Rantau Panjang Bersiap sedia mengharung banjir Naik bot untuk kali kedua Seronok aku 1st time tengok banjir n main air banjir Itu fotografer Utusan..Rosni Masri Jalan Rantau Panjang dah jadi taman tema Budak2 lah yang paling seronok bila tiba musim banjir Pemandangan ini hanya mungkin boleh didapati di Kelantan

Sekitar banjir di Kelantan....

Image
Tahun ini aku mendapat pengalaman yang paling beharga dalam hidup aku dan sepanjang hampir 8 tahun aku memegang jawatan sebagai wartawan. Walaupun sangat penat..tapi pengamalan untuk bersama-sama melihat bencana alam yang melanda Kelantan merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Dan aku tahu tidak semua berpeluang merasai apa yang aku lalui dua tiga hari ini. Aku sertakan gambar-gambar sepanjang aku membuat liputan banjir di sekitar Rantau Panjang.. Esok aku masukkan selebihnya gambar..tak sempat plak nak download ari ni..Tiga gambar ni diambil sewaktu pasukan bomba membawa para wartawan untuk memasuki kampung yang terputus hubungan dengan dunia luar dan terpaksa membina sendiri pusat penginapan sendiri. Ini adalah pengalaman yang aku rasa sangat berharga..walaupun ditimpa bencana tapi aku rasa penduduk kampung sangat enjoy dengan keadaan ini..lihat saja budak2 yang seronok sangat bermain air banjir.. 

Musim hujan = Banjir is coming!!!

Dah seminggu rasanya hujan tak berhenti walau seminit pun di bumi Kelantan..tak merasa aku mendongak kelangit sepanjang minggu ini dan memijak bumi yang kering.. Jik akeadaan ini berterusan dengan kadar hujan yang lebih lebat..makanya..bumi Kelantan akan Banjir!!! Weho!!! tak sabar rasanya sebab aku tak pernah tengok banjir..tahun ini tahun pertama aku bertugas di Kelantan so aku akan dapat merasai membuat liputan di kawasan2 banjir..mesti seronokkan... So kena bersedia dengan selipar getah, baju hujan dan juga payung!!

Bantu rakyat kita dahulu...

Kebelakangan ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza dan berpusu-pusu individu dan organisasi untuk menghulurkan bantuan. Aku suka lihat semangat mereka untuk membantu rakyat dunia dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Aku jugak kadang kala hampir menitiskan air mata bila melihat gambar-gambar yang memperlihatkan penderitaan mereka terutama yang melibatkan kanak-kanak dan juga wanita. Tak dinafikan sekarang ni banyak misi kemanusian yang dihantar ke sana bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara seluruh dunia. Bukan di sini aku nk mencela usaha mereka cuma aku rasa terlalu banyak misi kemanusian yang dihantar ke luar yang melibatkan negara-negara krisis dan juga negara yang ditimpa bencana. Aku rasa mungkin 50 peratus daripada mereka/organisasi tersebut mahukan publisiti sebab setiap kali misi dijalankan pasti mereka bawa wartawan dan mahu disiarkan dalam akhbar atau televisyen. Buat press conference, bergambar sana-bergambar sini, kemudian menitiskan a

Jangan Merungut Pada Dunia.. Tips atasi masalah diri/perhubungan

Perkara biasa yang sering menjadi lumrah dunia bagi orang sekeling adalah merungut bila kita ditimpa masalah. Bukan tak boleh merungut..tapi berpada-pada la kan. Masalah dalam kehidupan memang sentiasa adalah yang kita sebagai manusia perlu bijak untuk menguruskan masalah kita supaya tidak menjadi lebih berat. Tuhan menurunkan dugaan untuk menjadikan kita  matang dan ingat kesilapan diri. Aku percaya pada karma. Walaupun ia kepercayaan Hindu, bagi aku, dalam Islam juga kita percaya bahawa kadangkala tuhan menurunkan sedikit musibah sebagai balasan terhadap dosa-dosa kecil. 1. Muhasabah diri Muhasabah diri sangat penting setiap kali kita ditimpa masalah dan dugaan. Lihat di mana silap kita sehingga diturunkan musibah dan dengan cara itu kita lebih tenang untuk menghadapi cabaran tersebut. 2. Jangan Salahkan Orang lain Perkara yang paling harus dielakkan adalah menyalahkan orang lain setiap kali masalah timbul. Cari kesilapan diri terutama dalam perhubungan antara manusia mahupun